" SAYANG LUGGAGE 🧳 "

Assalamualaikum kawan kawan atau semua yang tidak lenkang mata untuk membaca apa yang saya ingin kongsikan. Hahahahaha ok for tonight (; disebabkan saya tak boleh nak pejamkan mata atas sebab susah untuk tidur malam. Saya ingin kongsikan tentang satu kisah yang berlaku tak sampai sebulan pun lagi. Cerita ni berkaitan dengan sahabat baik saya sendiri atas kecuai diri kitaorang dan pihak pihak tertentu. hahahaha .  saya mulakan dengan lafaz bismillah (;

Pada tanggal 28 jun 2019 baru ni, disebabkan saya menetap di alor setar kedah dan menyambung pelajaran  di kolej kemahiran tinggi mara sri gading batu pahat johor bersama dengan sahabat baik saya sendiri yang dikenali sebagai Nurul Husna. Gadis yang serba sederhana kelahiran selangor yang menetap di kulim kedah ini membuat cadangan untuk pulang ke kolej awal sehari daripada tarikh yang ditetapkan dalam jadual. Oleh itu, saya mengambil tindakkan untuk pulang bersama pada tanggal 28 jun 2019. Oleh kerana si cantik manis nurul husna membeli tiket bas penjalanan daripada penang sentral pda pukuk 10.15 PM . saya mengambil langkah  daripada stesen kTMB Alor Setar ke butterworth  pada jam 7.59 PM. Ketika saya sampai di penang sentral dalam jangka masa 1 jam 20 minit. Ketika saya menyapa husna, wajah saya terpaku seketika kerana saya seperti tidak mengenali dia. Apabila dia berada terlalu dekat dengan saya,  benda pertama saya nampak iaitu " Spec mata baru" Ok i guess patut tak kenal hahahaha!  Its so amazing!! sbb husna ni seorang yang tak reti nak berfashion atau apa pun, peribadi dia sangat baik seriusly, dia tak banyak cakap dengan orang dia tak kenal, pendiam, cara dia macam ketinggalan zaman sikit dia lebih ke arah classic. Sebut pasal classic nak sentuh sikit music dia suka. Semua music yang nada dia ke arah " orang tua " Klasik nasional mcmtu. Hahahaha tapi disebabkan keperibadian dia macam tu. Orang bukan menjauh tapi mendekat dengan dia . Sangat baik budi biacara dan tingkah laku (;
Cerita balik psal topic utama yang saya nak share dgn kalian semua ialah pasal " LUGGAGE "
nak tahu tak? masa kitaorang naik bas dekat penang sentral tu kan, masa nak masuk platform scan tiket bas utk naik ke bas. Nak letak je luggage tertibe ada luggage yang sama dengan nurul husna ni.
Gambar depan dia gambar kartun starwars 🤷🏻‍♀️

                                              INILAH LUGGAGE STARWARS HUSNA HM
So dengan berhati-hatinya seorang seketul shahida cakap " Na cuba hang perhati dulu bag kak ka makcik ni sebelum letak, kalau dia ni baringkan luggage dia means hang tegakkan and letak sekali dengan luggage aku tapi check dulu kat luggage dia takut tertukar satgi susah"
Seketul shahida pun membuat sport check luggage orang belah hadapan . Nampak garisan calar sedikit, dengan mudahnya husna letakkan luggage dia dalam posisi tegak . Dengan senang hati kitaorang tidur je sepanjang penjalanan pulang ke batu pahat malam tu tanpa berfikir pun pasal bag tu .  Masa bas tiba di batu pahat turun- turun je bas terus capai luggage masing-masing. Masa tu husna cakap " eh kenapa luggage aku ringan semacam" lepastu seketul shahida membuat sport check lagi sekali tengok-tengok ada kesan calar dengan mudah nya " Naaaaa, hang tertukar luggage" . Husna " macam mana ni takkan makcik ke tak tu tak perasan bag aku berat kot aku kan cuti sem" Dengan baik sekali aku memberi candangan " tanya driver bas mana tahu ada number semua penumpang " Dengan mudah nya driver bas tersebut " Tak ada number contact HQ" Hahahhaha masa tu muka husna masam kelat.  Sebagai seorang sahabat baik kena lah main peranan sikit sayang sahabat kan . Ajak pergi kauter bas tersebut, nasib ada pakcik yang guide penjalanan pagi tu ke TBS tegur ". kenapa dik?" pantas je husna cakap bas saya tertukar .
pakcik tu awalnya ingat luggage tu terambil orang, dia tak faham lagi lluggage husna tu tertukar dengan sama sama corok starwars dan size yang sama oleh makcik lain.
Tahu tak apa yang paling husna risau and takutkan? apa yang dia sembunyikan pada aku? kenapa dia makin suram? Nak tengok tak muka dia? Macamni haaa .




 rupannya si husna ni pergi simpan duit yang banyak dalam luggage tersebut. Patutlah muka dia masam je disebabkan kasih sayang seorang sahabat , sama sama iktiar lah nak dapatkan luggage dia balik, pakcik bas tu ada bagi number HQ. husna dengan semangat dia terus call chat sms semua dia buat demi luggage dia ye lah siapa ja tak sayang luggage tambah tambah letak wang dalam luggage tersebut. Tapi saya cakap macam ni dekat husna " jangan risau mesti yang dapat tu kat perempuan mesti perempuan ni amanah, mesti org baik baik ni" " hudnozon" Alhamdulillah lepas ja pada tu HQ call, dia cakap kalau pihak sana buat aduan juga dkt HQ baru  luggage tu akan dapat kesan dekat mana (; Tapi Alhamdulillah allah tu maha baik, maha mengetahui, kita sebagai manusia kena minta dengan allah, kena jujur. Tiba-tiba HQ call dan bagi number makcik yang terambil luggage husna (; Disebabkan makcik yang tanpa sengaja terambil luggage husna tu ada seminar di melaka, dan ada cucu dengan baiknya kitaorang yang turun ke melaka (:  Saya pun teman lah sahabat saya seorang ni ke melaka sentral tanpa fikir banyak dah, even masa tu fikir nak bayar buku nak bayar yuran tapi demi persahabatan yang terbina sejak sama sama susah senang semasa sambung di institut kemahiran mara sungai petani dan macam mana husna ni jaga saya masa saya sakit di ward, hati ni lembut sangat sangat . Pergi lah kitaorang dua ni ha sampai ke melaka 😂
Masa sampai dekat melaka sentral tu makcik tu tak sampai-sampai . Husna punya tak boleh duduk diam tu tak boleh bawa bincang okay. Tak sabar betul dia .

Reaksi dia masa luggage dia sampai?
Jap eh .
korang nilai sendiri!! 🤗






Comments